Program Sahabat Kesidang Teguh Enterprise
Saya menerima beberapa pertanyaan mengenai program Sahabat Kesidang Teguh Enterprise.
Untuk makluman semua, Kesidang Teguh Enterprise merupakan Wholesale Distribution Center (WDC) untuk produk Dr Azimuth Formula yang dikeluarkan oleh Entrepreneurs Development Institute (EDI). Terdapat pelbagai barangan di bawah jenamanya antaranya produk makanan/minuman kesihatan, produk perhiasan diri (kristal dan bangle), produk penjagaan rumah dan kereta, kasut dan pelbagai barangan lain yang akan dikeluarkan dari masa ke semasa.
Produk makanan dan minuman Dr Azimuth Formula merupakan produk berasaskan herba seperti misai kucing, hempedu bumi, daun selom, tongkat ali, kacip fatimah dan lain-lain lagi. Anda boleh melihat produk-produk ini di laman web berikut:-
Apakah WDC?
Wholesale Distribution Center (WDC) merupakan pemborong/pengedar bagi produk-produk Dr Azimuth Formula. Sebagai pemborong, Kesidang Teguh Enterprise perlu mencari seramai mungkin golongan peruncit yang akan menjualkan produk-produk ini kepada pengguna akhir. Golongan peruncit inilah yang kami namakannya SAHABAT. SAHABAT boleh terdiri dikalangan individu yang ingin berniaga secara kecil-kecilan, peniaga kedai runcit/pasar mini, pemilik salon, pemilik bengkel atau sesiapa sahaja. Untuk mendapatkan harga SAHABAT, mereka perlulah membeli barangan dari WDC sekurang-kurangnya RM100.00 untuk setiap pembelian. Setelah itu, mereka boleh menjual barang-barang tersebut kepada pengguna akhir mengikut kadar harga runcit yang telah ditetapkan. Mereka juga boleh menggunakan barangan itu untuk kegunaan sendiri.
Bagi menghargai keinginan untuk bersama-sama WDC memperkenalkan produk Dr Azimuth Formula, kami akan memberikan anda sekeping kad program kesetiaan yang dinamakan Sahabat Wholesale Discount Card yang mana dengan memiliki kad ini anda akan menerima beberapa keistimewaan yang akan diberikan dari masa kesemasa.
Apakah Kelebihan SAHABAT?
- Dapat membeli barangan dengan harga borong
- Dapat membuat perniagaan secara kecil-kecilan secara runcit dan mendapat keuntungan yang lumayan.
- Dapat diskaun untuk menginap di chalet atau resort-resort di seluruh Malaysia bermula dengan di EDI Ujana Harmonis, KL dan di Durian Tunggal, Melaka
- Mendapat hadiah di bawah program Sahabat Bantu Sahabat dari masa ke semasa.
- Berpeluang mengikuti kursus keusahawanan, motivasi dan lain-lain yang dikendalikan oleh EDI dari masa ke semasa.
Bagaimana Menjadi SAHABAT
Jika anda berminat untuk menjadi SAHABAT Kesidang Teguh Enterprise, sila hubungi saya melalui cara-cara berikut:-
- Telefon : 013-3405395
Saya akan berikan anda senarai barangan beserta harga SAHABAT dan anda bolehlah memilih barangan yang hendak dibeli. Buat permulaan, saya menggalakkan anda memilih produk-produk makanan/minuman berasaskan herba terlebih dahulu kerana ianya mempunyai pulangan yang sangat tinggi. Kemudian, barulah anda pilih produk-produk lain yang ada seperti perhiasan dan penjagaan rumah dan kereta. Untuk makluman, produk-produk keluaran EDI akan ditambah dari masa ke semasa.
Setelah memilih produk, emailkan borang itu semula kepada saya (atau telefon dan nyatakan barangan yang dikehendaki) dan bank in kan jumlah yang perlu dibayar. Bagi proses penghantaran, sila tambah RM10.00 (untuk Semenanjung Malaysia) dan RM20.00 (untuk Sabah & Sarawak).
No akaun kami adalah seperti berikut:-
Bank : Bank Islam (Kesidang Teguh Enterprise)
Nombor Akaun : 04033-01-001100-1
Bank : Maybank (Shahrezad Bin Ahmad)
Nombor Akaun : 104030208638
Sila beri tempoh 3-10 hari untuk proses penghantaran.
Sistem ini bukan MLM, maka anda tidak akan ditawarkan sebarang mata ganjaran. Kami juga tidak mempunyai sebarang syarat yang menyatakan anda dikehendaki membeli barangan secara tetap pada setiap bulan. Belilah mengikut keperluan dan pasaran anda. Semakin banyak yang anda beli semakin lumayanlah pendapatan sampingan anda. Itu sahaja. Mudah bukan?
0 Comments:
Post a Comment
<< Home