Perihal Misai Kucing
Misai Kucing (Orthosiphon Stamineus) adalah sejenis herba renek yang banyak terdapat di negara-negara Asia Tenggara dan telah lama digunakan dalam perubatan tradisional.
Ia telah terkenal sejak turun temurun kerana khasiatnya dapat membuang dan mencuci darah dari toksid yang berlebihan, terutama bagi merawat kencing manis dan menurunkan tekanan darah tinggi.
Daunnya dikeringkan dan dijadikan teh telah lama digunakan sebagai minuman sejak dulu lagi.
Ianya bersifat diuretik, dapat membantu menyingkirkan asid urik yang berlebihan dalam badan dan melawaskan pembuangan air kecil tetapi tidak mendatangkan masalah pada buah pinggang seperti kebanyakan ubat-ubatan moden. Selain dari itu ia juga dapat merawat penyakit lain seperti gout, athritis, reumatik dan mencegah pembentukan batu karang. Ia juga digunakan untuk mengurangkan kelesterol dan tekanan darah. Kandungan saponin dan tanin pada daun itu juga boleh mengubati keputihan. Penyelidikan juga telah mendapati ianya besifat antiseptik.
Misai Kucing juga dikenali dengan nama Kumis Kucing, Remujung, Orthosiphon Stamineus Benth, Orthosiphon Aristatus, Orthosiphonblaetter, Indisher Nierentee, Feuilles de Barbiflore, Java Tea, Javatee, Kidney Tea, dan Yaa Nuat Maeo.
Herba Misai Kucing adalah dari keluarga Lamiaceae / Labiatae.

Lebih Dari Bunganya Yang Cantik
Pakar-pakar herba memuji sifat-sifat diuretik Misai Kucing. Tumbuhan herba tropika Orthosiphon aristatus atau Misai Kucing kebiasaannya ditanam di taman-taman atau halaman-halaman rumah sebagai pokok perhiasan kerana bunganya yang cantik.
Walaupun tumbuhan Misai Kucing ini berasal dari Asia Tenggara dan Australia, namun kebaikannya dari segi perubatan kurang dihargai umum di rantau ini berbanding di lain-lain tempat dalam dunia.
Penjajah Belanda di Indonesia dahulu pernah mengambil herba ini sebagai minuman kesihatan untuk mencuci saluran darah dalam badan.
Menyakini akan khasiat dan kebaikannya, mereka telah membawa herba ini pulang ke Eropah. Hari ini, setelah lebih dari 200 tahun kemudiannya, ianya telah ditanam secara meluas dan digunakan oleh pakar-pakar herba di Holland, Jerman, Perancis dan England.
Kemasyhuran Misai Kucing ini adalah kerana kesan diuretiknya (peluruh bendalir) yang selamat tanpa menjejaskan ginjal (buah pinggang). Tidak seperti kebanyakan ubatan-ubatan diuretik moden (diuretic drugs) yang memberi kesan sampingan kepada ginjal, ia mengandungi potassium yang mencukupi untuk menggantikan yang hilang dari tubuh semasa proses diuretik. Dalam perubatan tradisional tempatan, Misai Kucing digunakan untuk merawat radang sendi (arthritis), gout dan sengal-sengal atau lenguh (rheumatism), kerana ia dapat menyingkirkan asid urik dan toksik metabolik yang berlebihan pada sendi dan otot.
Bila asid-asid ini terkumpul secara berlebihan pada tisu-tisu, ditambah pula dengan sistem pengedaran yang lemah, itulah yang menyebabkan kesakitan dan radang pada sendi dan otot. Maka, herba Misai Kucing diadunkan bersama Pegaga bagi melancarkan edaran darah, dan dengan Kunyit dan Halia pula untuk melawan radang.
Dukun-dukun dan sinseh juga biasa menggunakan herba Misai Kucing dalam adunan-adunan mereka bagi merawat kencing manis (diabetes) dan darah tinggi.
Sementara penyelidikan klinikal Misai Kucing dari segi keberkesanannya merawat kencing manis (diabetes) masih sedikit, Fakulti Farmasi, Universiti Fukuyama, Jepun telah melakukan ujikaji-ujikaji saintifik akan keberkesanannya merawat darah tinggi.
Telah dipastikan, sebahagian unsur-unsur yang terdapat dalam daun Misai Kucing dapat mengurangkan tekanan sistolik darah secara berterusan dan juga bertindak sebagai ejen peluruh (diuretik).
Di Eropah, beberapa produk yang berasaskan Misai Kucing telah muncul di pasaran terutama kerana sifat-sifat diuretiknya yang selamat, dapat menyingkirkan toksid, membendung bendalir tubuh, mengurangkan tekanan darah, mengurangkan berat badan dan untuk rawatan karang ginjal.
Misai Kucing adalah salah satu dari cuma beberapa jenis herba yang mendapat pengiktirafan kerajaan Jerman untuk kegunaan melawaskan pembuangan air kecil bagi mengelak terbentuknya karang ginjal.
Petikan dari Nusa Herba
0 Comments:
Post a Comment
<< Home