Apakah Kebaikan Kolostrum Kepada Anda
- Faktor pertumbuhan serupa insulin (insulin-like growth factor - IGF) yang menjana proses pertumbuhan dan pembaikpulihan sel manusia.
- Faktor pertumbuhan perubahan (Transforming Growth Factor (beta) - TGF-B) yang mana memangkin sintesis dan pembaikan RNA dan DNA, sama seperti pembaikan otot dan tisu yang rosak. Kajian telah mendapati ia juga membantu dalam menguatkan tulang dan ini memainkan peranan penting dalam mengelakkan ostroperosis.
- Faktor pertumbuhan epitelial (Epithelial Growth Factor - EGF) yang memangkin kenormalan kulit, epitelial, pertumbuhan sel dn pembaikan.
Lactoferin
Kerap kali dikatakan sebagai protein pengikat zat besi disebabkan oleh kekuatan penarikannya untuk mengikat zat besi. Ia dijumpai dalam colostrum bovine pada tahap yang lebih tinggi berbanding susu. Selain daripada memainkan peranan di dalam metabolisme zat besi, lactoferin juga mengandungi banyak fungsi biologi lain yang meningkatkan kesihatan secara umum yang mana ia sebagai bukti kebaikan yang boleh diperolehi daripada kolostrum. Ini termasuklah antibakteria, antivirus, antifungus, pemangkin sistem imuniti, antioksida, dan anti keradangan.
Vitamin + Mineral
Ini adalah penting untuk metabolisme, pertumbuhan, dan perkembangan yang normal. Vitamin yang terlibat adalah A, B1, B6, B12, C, E, asid folik dan biotin. Mineral yang terlibat adalah kalsium, pottassium, fosforus, sodium dan magnesium.
Asid Amino
Ini adalah asas protein yang mana penting dalam pertumbuhan dan perkembangan yang normal. Kolostrum mengandungi kedua-dua asid amino penting dan tidak penting.
Peptida Yang Kaya Dengan Proline
Memainkan peranan penting dalam pengaturan sistem imuniti, kelenjar timus yang menghasilkan sel-T yang melawan virus dan mikroorganisme-mikroorganisme yang menceroboh. Ia juga menolong mengekalkan imbangan sistem inumiti yang terlalu aktif dan kurang aktif.
Enzim
Kebanyakan enzimnya memainkan peranan sebagai pelindung terhadap enzim gastrik.
Komponen-Komponen Lain Yang Bermanfaat
Terdapat banyak protein bioaktif lain yang dijumpai dalam kolostrum yang berperanan menggalakkan sistem imuniti dan menolong untuk meningkatkan kesihatan umum.
Manfaat Kolostrum Termasuklah:-
- Membantu mengekalkan kesihatan umum
- Menyokong kekuatan sistem imuniti
- Perlindungan hebat terhadap selesema, demam dan lain-lain penyakit biasa
- Mempunyai aktiviti antibakteria terhadap virus-virus yang biasa seperti E-Coli
- Aktiviti anti virus
- Aktiviti anti fungus
- Menyokong penyembuhan kecederaan, luka, sel dan tisu yang lebih dengan kesan parut yang kurang
- Meningkatkan kesihatan usus, membantu membaiki dan menyembuhkan beberapa keadaan gastrik
- Kesan probiotik terhadap mikrobiota gastrik
- Membantu mengekalkan tulang yang kuat dan sihat
- Anti penuaan iaitu anti oksida oleh lacoferin
- Membantu membina otot yang tidak ebrlemak
- Meningkatkan tenaga dan tahan lebih lama
- Meningkatkan prestasi dan ketahanan semasa bersukan
- Memulihkan badan apabila berada dalam tekanan dan kecederaan
- Menaikkan mood
- Pemangkin pertumbuhan semula rambut
- Meningkatkan funsi seksual
0 Comments:
Post a Comment
<< Home