Kesidang Teguh Enterprise

Sunday, May 06, 2007

GamatMaxx

Kajian Dr. Azimuth menunjukkan bahawa produk-produk gamat yang diperkukuhkan dengan astaxanthin adalah sangat berkesan dan baik untuk kesihatan. Ini disebabkan oleh fakta sinergi diantara gamat dan Astaxa Microalgae Homeotococcus Pluvialis yang keduanya berasal dari air.

Gamat yang dikenali sebagai timun laut adalah sejenis haiwan invertebrata (tanpa tulang belakang). Gamat tempatan jenis Golden Sea Cucumber spesis Stichopus Horrens banyak digunakan dalam rawatan tradisional. Kuasa penyembuhan gamat telah digunakan oleh nenek moyang kita untuk penyembuhan luka luaran dan dalaman, mengurangkan sakit sendi atau otot, memulihkan sistem penghadaman, mengatasi buasir, meningkatkan tenaga batin, awet muda dan lain-lain kegunaan.

Kajian Dr. Azimuth menunjukkan produk-produk gamat yang dicampur dengan astaxanthin, chlorella, spirulina dan vitamin boleh menjadi makanan semulajadi untuk meningkatkan kesihatan. Campuran bahan-bahan ini yang diketahui umum mempunyai banyak khasiat selain daripada faedah-faedah yang telah disebutkan di atas, ia juga dapat meningkatkan sistem imun, memperbaiki sistem pernafasan, sistem kardiovaskular/jantung, mengatasi keadaan lemah dan lesu dan banyak lagi khasiat-khasiat yang dapat kita manfaatkan.

Oleh kerana itu, Dr. Azimuth telah mengeluarkan beberapa makanan semulajadi berasaskan gamat, astaxanthin, chlorella dan spirulina. Produk ini di bawah jenama
GamatMaxx - Liquid Natural Food
Ia makanan semulajadi yang sesuai untuk semua golongan samada kanak-kanak, orang dewasa atau orang tua.
Produk ini mengandungi lebih daripada 61 nutrien yang berfungsi secara sinergi untuk meningkatkan kesihatan. Contoh typical analysis tentang nutrien-nutrien yang penting untuk kesihatan dalam gamat, chlorella, astaxanthin dan spirulina adalah seperti carta di bawah:-



HARGA PASARAN : RM75.00

Tuesday, April 24, 2007

BIO-AURA ENERGY WATER SYSTEM

Sistem air Platinum Bio-Aura Energy Water Dr Azimuth mengambil contoh prinsip mata air mineral dan air bukit semulajadi. Ia menggunakan bahan-bahan dari alam semulajadi dan karbon diaktifkan yang berkualiti tinggi dan seramik biotenaga. Molekul air diubahsuai untuk memudahkannya diserap oleh badan sekaligus membuang toksin dan kekotoran dari badan kita.



Penapis A - Penapis Seramik (Korea)
Menapis habuk, kotoran, mendapan kotoran, logam terampai, habuk dan bahan-bahan asing dari tangki dan paip lama.

Penapis B - Penapis Karbon Yang Diaktifkan & Pasir Bermutu Tinggi
Membuang saki-baki klorida, warna, bau yang kurang menyenangkan, THMS, bahan cuci, sebatian organik, bahan kimia dengan menggunakan penyerapan karbon yang diaktifkan. Juga mengandungi karbon perak untuk menapis kuman.

Penapis C - Block Karbon Yang Diaktifkan Gred 'A' & Karbon Yang Diaktifkan Berkualiti Gred 'A'
Membuang logam berat, bahan buangan radioaktif, bahan kimia yang memudaratkan kesihatan dan racun perosak. Memenuhi Standard Keselamatan Antarabangsa.

Penapis D - Batu Mineral & Resin (Damar - Bayer Germany)
Air adalah kurang berkualiti apabila ia mengandungi mineral seperti magnesium dan kalsium. Air akan menjadi lebih berkualiti sekiranya ion seperti magnesium dan kalsium digantikan dengan ion yang lebih lembut seperti natrium atau kalium. Air yang lebih lembut akan ditingkatkan pH air ke paras pH7.3 - 7.5 yang optima untuk kesihatan sel manusia.

Penapis E - Bio-Seramik, Magnetizer dan Batu Kuartza
Menggunakan teknologi tenaga hasil penyelidikan & pembangunan 'Ultra Ceramic Energy' dengan sinaran inframerah dan pemagnetan semulajadi. Ia mengecilkan cluster molekul air yang lebih kecil iaitu 6 molekul 1 cluster berbanding dengan air biasa iaitu 13 molekul 1 cluster Ia juga dapat meningkatkan tenaga penting dalam air. Transformasi ini menjadikan air lebih mudah diserap oleh tisu dan sel badan untuk kesihatan yang menyeluruh. ia menjadikan air mempunyai 'AURA' dengan tenaga 'bio-electromagnet field' yang tinggi untuk kesihatan optima.

Penapis F - Blok Karbon Kepadatan Tinggi
Menyelaraskan air kepada tahap alkali yang optima. Meningkatkan ion kalsium, magnetizer dan mengionkan air juga meningkatkan kandungan oksigen air. Diperakui oleh NSF.

AIR BERALKALI BIOTENAGA TINGGI MEMPERBAIKI KEADAAN KESIHATAN YANG KRONIK

Penyelidikan dan testimoni di Jepun sejak 1950 mendapati penyakit-penyakit seperti di bawah dapat dikurangkan dengan meminum air beralkali biotenaga tinggi.
  • Artritis
  • Pedih hulu hati
  • Keletihan yang kronik
  • Masalah penghadaman
  • Kekejangan kaki
  • Tekanan darah tinggi
  • Masalah peredaran darah
  • Migrain

Dr Otto Warberg menerima anugerah Nobel untuk penemuan punca ebrlakunya barah - iaitu disebabkan oleh kekurangan oksigen iaitu pH alkali rendah. Perubatan Jepun telah mengesahkan semenjak 15 tahun lalu bahawa tiada penyakit boleh menembusi persekitaran yang beralkali. Sistem penapisan air beralkali biotenaga tinggi Dr Azimuth dapat mengembalikan pH alkali yang sesuai.



BAGAIMANA SISTEM AIR BERALKALI BIOTENAGA TINGGI BERFUNGSI

Bila mata air bukit terkena batuan, ia akan menjadikan cluster air terpecah kepada cluster yang lebih kecil dan menjadikannya lebih mudah diserap oelh sel di dalam badan bila air diminum. air paip biasa mempunyai 11 ke 13 molekul dalam 1 cluster. Cluster molekul air biotenaga sama dengan struktur air dari gunang iaitu mempunyai 6 atau 7 molekul dalam 1 cluster.

Disebabkan cluster air yang lebih kecil, air beralkali biotenaga mempunyai daya serapan yang lebih tinggi dan mudah diserap oleh badan. Bila badan kita mempunyai air yang cukup, ia akan menjadikan nutrien lebih mudah disebar ke semua sel, tisu dan organ badan serta dapat meningkatkan penyingkiran asid dari badan kita.



Thursday, March 22, 2007

French Perfume

Pati minyak wangi berjenama Dr Azimuth Formula kini telah ada di pasaran. Merupakan pati minyak wangi Perancis TANPA ALKOHOL yang bersamaan dengan wangian-wangian antarabangsa yang terkenal. Hanya berharga RM15.00 sebotol (10ml). Hubungi kami untuk dapatkan minyak wangi anda.
Produk yang bermutu dan harga berpatutan. Ianya mempunyai 10 jenis wangian untuk wanita dan 5 jenis wangian untuk lelaki

  1. Dr Azimuth Formula Gallant inspired from Bvlgari
  2. Dr Azimuth Formula Ocean Cool inspired from Cool Water
  3. Dr Azimuth Formula Dreamer inspired from Desire Blue
  4. Dr Azimuth Formula Rouge inspired from Hugo
  5. Dr Azimuth Formula Prince inspired from Polo Sport
  6. Dr Azimuth Formula Bedazzled inspired from Be Delicious
  7. Dr Azimuth Formula Be Touched inspired from Burberry Touch
  8. Dr Azimuth Formula Ruby inspired from Deep Red
  9. Dr Azimuth Formula Ecstasy inspired from Escape
  10. Dr Azimuth Formula Forever inspired from Eternity Moment
  11. Dr Azimuth Formula Rapture inspired from Happy Moment
  12. Dr Azimuth Formula Joy inspired from J'adore
  13. Dr Azimuth Formula Magic inspired from Miracle
  14. Dr Azimuth Formula Poise inspired from Poison
  15. Dr Azimuth Formula Topaz inspired from Tropical Punch

Monday, March 19, 2007

Propolis - Antibiotik Semulajadi

Memang telah diketahui bahawa propolis ialah antibiotic semulajadi utama. Ia telah diakui semenjak 2000 tahun dahulu. Ramai yang tidak tahu apa itu propolis dan ada buku herba dahulu kala menerangkan propolis dengan pelbagai pendapat. Keupayaan propolis menyah bacteria memang telah diketahui sejak dahulu lagi.

PENAWAR (UBAT)
Propolis adalah ubat dahulu kala yang telah mendapat perhatian ramai. Ia telah dikenali si Netherlands, France, German dan Belgium. Telah diketahui bahawa propolis boleh mengubati masalah-masalah berikut:-
· Jerawat
· Asma
· Arthitis
· Kesan terbakar
· Bisul
· Gusi berdarah
· Bedsores dan melecit
· Ulser mulut
· Callused feet
· Canker sores (aphtha)
· Demam
· Corns
· Ruam lampin
· Cirit-birit
· Eczema
· Selesema
· Masalah kesihatan wanita
· Gastritis
· Gout
· Hay-fever
· Keguguran rambut
· Gigitan serangga
· Radangan pada saluran pernafasan
· Radangan pada gusi
· Radangan di dalam telinga
· Radangan alat pembiakan lelaki
· Tahi lalat
· Psoriasis
· Sakit tekak
· Pembengkakan kalenjar
· Ulser perut
· Tennis elbow
· Ketuat

GENSING – PENYELESAIAN KESIHATAN DAN PENYEMBUHAN
Ginseng (panax ginseng)
Nama lain : schinsent, jintsam, five-fingers, tartar root

Ginseng telah lama digunakan sebagai perubatan herba di Asia. Gensing adalah terjemahan dari perkataan Cina “man” (gin) “essence” (seng). Sekarang popularity ginseng sedang berkembang di barat.

KEGUNAAN UNTUK PENYEMBUHAN
Ginseng dapat meningkatkan keperluan badan setiap individu. Ginseng dapat menambah selera makan, mengurangkan tahap tekanan, meningkatkan stamina, meningkatkan tumpuan dan mempertingkatkan keupayaan fizikal dan mental. Untuk menikmati kelebihan ginseng, adalah dicadangkan pengambilannya ½ - 2gram ginseng yang telah dikeringkan atau 200gram pati ginseng sehari. Pati ginseng boleh didapati di farmasi-farmasi.

Thursday, February 08, 2007

Risalah Baru

Risalah baru produk Formula Dr Azimuth... (right click utk besarkan image)



Sunday, January 28, 2007

Apakah Kebaikan Kolostrum Kepada Anda


Kolostrum adalah bendalir yang sangat kompleks. Ia bukan sahaja kaya dengan zat tetapi juga pelbagai protein bioaktif yang pening untuk sokongan terhadap kesihatan. Ia bukan sahaja diperlukan oleh golongan muda tetapi juga setiap peringkat umur. Kolostrum mengandungi jumlah komponen bioaktif yang banyak dan kesemuanya menyumbang terhadap kepentingan untuk sistem pertahanan badan serta banyak lagi faedah untuk kesihatan.

Komponen-Komponen Kolostrum

Inmunoglobulins (Ig's)
Ini ialah protein utama yang bertanggungjawab ke atas aktiviti biologi dan faedah kesihatan, dapat dibekalkan oleh kolostrum kepada anda. 80% - 90% daripada immunoglobulins terdiri daripada IgG. Ia mengandungi protein pelindung yang membolehkannya untuk kekal tidak rosak, kebal daripada enzim ganstrik dan membolehkannya memainkan peranan penting sebagai lapisan utama dalam sistem pertahanan imuniti badan terhadap agen pembawa penyakit serta terhadap penyakit itu sendiri.
Faktor Pertumbuhan
Protein ini mengaktifkan pelbagai proses pertumbuhan dan pembaikpulihan dalam badan yang menjadi kunci utama dalam perkembangan yang baik. Ia juga menyelenggara dan menyembuhkan tisu-tisu badan termasuk usus, otot dan tulang. Strukturnya adalah sama dengan yang tedapat pada kolostrum manusia. Maka ia memberikan kesan yang serupa secara semulajadi dalam badan manusia. Faktor-faktor pertumbuhan yang utama ialah:-
  • Faktor pertumbuhan serupa insulin (insulin-like growth factor - IGF) yang menjana proses pertumbuhan dan pembaikpulihan sel manusia.
  • Faktor pertumbuhan perubahan (Transforming Growth Factor (beta) - TGF-B) yang mana memangkin sintesis dan pembaikan RNA dan DNA, sama seperti pembaikan otot dan tisu yang rosak. Kajian telah mendapati ia juga membantu dalam menguatkan tulang dan ini memainkan peranan penting dalam mengelakkan ostroperosis.

  • Faktor pertumbuhan epitelial (Epithelial Growth Factor - EGF) yang memangkin kenormalan kulit, epitelial, pertumbuhan sel dn pembaikan.

Lactoferin

Kerap kali dikatakan sebagai protein pengikat zat besi disebabkan oleh kekuatan penarikannya untuk mengikat zat besi. Ia dijumpai dalam colostrum bovine pada tahap yang lebih tinggi berbanding susu. Selain daripada memainkan peranan di dalam metabolisme zat besi, lactoferin juga mengandungi banyak fungsi biologi lain yang meningkatkan kesihatan secara umum yang mana ia sebagai bukti kebaikan yang boleh diperolehi daripada kolostrum. Ini termasuklah antibakteria, antivirus, antifungus, pemangkin sistem imuniti, antioksida, dan anti keradangan.

Vitamin + Mineral

Ini adalah penting untuk metabolisme, pertumbuhan, dan perkembangan yang normal. Vitamin yang terlibat adalah A, B1, B6, B12, C, E, asid folik dan biotin. Mineral yang terlibat adalah kalsium, pottassium, fosforus, sodium dan magnesium.

Asid Amino

Ini adalah asas protein yang mana penting dalam pertumbuhan dan perkembangan yang normal. Kolostrum mengandungi kedua-dua asid amino penting dan tidak penting.

Peptida Yang Kaya Dengan Proline

Memainkan peranan penting dalam pengaturan sistem imuniti, kelenjar timus yang menghasilkan sel-T yang melawan virus dan mikroorganisme-mikroorganisme yang menceroboh. Ia juga menolong mengekalkan imbangan sistem inumiti yang terlalu aktif dan kurang aktif.

Enzim

Kebanyakan enzimnya memainkan peranan sebagai pelindung terhadap enzim gastrik.

Komponen-Komponen Lain Yang Bermanfaat

Terdapat banyak protein bioaktif lain yang dijumpai dalam kolostrum yang berperanan menggalakkan sistem imuniti dan menolong untuk meningkatkan kesihatan umum.

Manfaat Kolostrum Termasuklah:-

  • Membantu mengekalkan kesihatan umum
  • Menyokong kekuatan sistem imuniti
  • Perlindungan hebat terhadap selesema, demam dan lain-lain penyakit biasa
  • Mempunyai aktiviti antibakteria terhadap virus-virus yang biasa seperti E-Coli
  • Aktiviti anti virus
  • Aktiviti anti fungus
  • Menyokong penyembuhan kecederaan, luka, sel dan tisu yang lebih dengan kesan parut yang kurang
  • Meningkatkan kesihatan usus, membantu membaiki dan menyembuhkan beberapa keadaan gastrik
  • Kesan probiotik terhadap mikrobiota gastrik
  • Membantu mengekalkan tulang yang kuat dan sihat
  • Anti penuaan iaitu anti oksida oleh lacoferin
  • Membantu membina otot yang tidak ebrlemak

  • Meningkatkan tenaga dan tahan lebih lama
  • Meningkatkan prestasi dan ketahanan semasa bersukan
  • Memulihkan badan apabila berada dalam tekanan dan kecederaan
  • Menaikkan mood
  • Pemangkin pertumbuhan semula rambut
  • Meningkatkan funsi seksual

Monday, January 01, 2007

EDI Mahu Jadi Pemborong Maya

Petikan dari akhbar Utusan Malaysia - 1.1.2007

Oleh DALIZA ARIFFIN

KUALA LUMPUR 31 Dis. – Entrepreneurs Development Institute Sdn. Bhd. (EDI) bercadang untuk menjadi sebuah syarikat pemborong secara maya terbesar di negara ini dengan menarik lebih ramai usahawan bumiputera.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr. Abdul Aziz Azimullah berkata, cadangan ini mampu direalisasikan dalam tempoh 10 tahun akan datang memandangkan usahawan yang terlibat dalam projek itu semakin bertambah.
Tambahan pula, orang ramai semakin dapat menerima konsep baru membeli belah secara maya ini.Jelasnya, mungkin tempoh sasaran itu masih panjang lagi tetapi ia boleh direalisasikan seperti mana yang berlaku di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat yang mana perniagaan seperti itu mula berjaya malah boleh menggugat perniagaan borong sedia ada.
‘‘Bagi mencapai misi berkenaan, EDI telah membangunkan Rangkaian Usahawan Muslimin sejak enam bulan lalu dan ia kini memiliki seramai 200 orang usahawan.
‘‘Melalui rangkaian itu, kita kini memiliki pelbagai jenis produk daripada segmen barangan makanan hinggalah kepada kasut, barang kemas, aksesori kereta dan makanan tambahan,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini.
EDI merupakan syarikat bumiputera yang menganjurkan kursus dan perundingan keusahawanan, pusat latihan dan pembangunan sumber manusia.
Abdul Aziz memberitahu, unjuran usahawan yang menyertai rangkaian berkenaan dijangka bertambah kepada 1,000 orang dalam tempoh setahun akan datang.
Jelasnya, rangkaian itu terbuka kepada semua usahawan bumiputera yang berminat termasuk juga graduan, surirumah dan pesara yang hanya memerlukan mereka melabur kira-kira RM1,000 sahaja.
Bagaimanapun, sebelum penyertaan tersebut, usahawan yang berminat bolehlah menghadiri kursus keusahawanan singkat yang dijalankan oleh EDI bagi meningkatkan pengetahuan mereka mengenai bidang perniagaan.
Katanya, yuran dikenakan adalah hanya RM50 sahaja seorang dan kursus berkenaan dijalankan secara bergilir-gilir di seluruh negara setiap hujung minggu.
Melabur
‘‘Mereka yang telah melabur dengan modal sebanyak itu bolehlah menyertai rangkaian perniagaan sedia ada kami yang kini telah bertambah kepada tujuh jenis segmen perniagaan.
‘‘Pada masa depan, namakan sahaja apa jenis barangan, pasti rangkaian kita dapat menyediakan kepada pelanggan,’’ tambahnya lagi.
Buat masa sekarang, rangkaian usahawan muslimin EDI memiliki tujuh segmen perniagaan yang terdiri daripada makanan tambahan berasaskan herba, barangan kemas dan kristal, barangan penjagaan kulit, biskut, spa dan barangan penjagaan kereta.
Antara segmen perniagaan baru yang sedang dibincangkan ialah mengusahakan restoran, pembungkusan barangan keperluan dapur seperti minyak, bawang dan lain-lain lagi.
Mengulas lanjut mengenai modus operandi perniagaannya, beliau berkata usahawan yang menyertai rangkaian ini boleh membuat tempahan melalui laman web EDI dan ia seterusnya diedarkan kepada kumpulan pelanggan masing-masing.
‘‘Hanya usahawan yang berdaftar sahaja yang dapat mengakses laman web itu secara terperinci dan membuat tempahan dengan harga yang berpatutan.
‘‘Tetapi bagi pelanggan lain mereka hanya dapat melayari laman web itu pada halaman pertama sahaja,’’ kata beliau.
Bagaimanapun, para pelanggan mereka boleh membuat tempahan barangan melalui katalog yang disediakan oleh usahawan rangkaian berkenaan.
Jelasnya, berniaga menggunakan katalog merupakan salah satu cara yang menjimatkan mereka yang mana tiada kos diperlukan oleh para usahawan itu membangunkan premis perniagaan masing-masing.
Malah, ia juga menjimatkan masa pengguna dan mengelakkan mereka menghadapi pelbagai masalah seperti kesesakan jalan raya atau di kaunter pembayaran ketika membeli belah di mana-mana pusat membeli belah.
Dalam masa yang sama, melalui rangkaian perniagaan sedemikian, para usahawan juga dijangka mampu meraih pendapatan antara RM1,000 hingga RM6,000 sebulan.