Kesidang Teguh Enterprise

Sunday, December 24, 2006

Bangle


Steel Bangle
RM59.00


Stardom Bangle
RM59.00



Roman Bangle
RM59.00



Proton Bangle
RM59.00



Magic Bangle
RM59.00


Duo Bangle
RM59.00












Belt Bangle

RM59.00

Perihal Misai Kucing

Misai Kucing (Orthosiphon Stamineus) adalah sejenis herba renek yang banyak terdapat di negara-negara Asia Tenggara dan telah lama digunakan dalam perubatan tradisional.
Ia telah terkenal sejak turun temurun kerana khasiatnya dapat membuang dan mencuci darah dari toksid yang berlebihan, terutama bagi merawat kencing manis dan menurunkan tekanan darah tinggi.
Daunnya dikeringkan dan dijadikan teh telah lama digunakan sebagai minuman sejak dulu lagi.
Ianya bersifat diuretik, dapat membantu menyingkirkan asid urik yang berlebihan dalam badan dan melawaskan pembuangan air kecil tetapi tidak mendatangkan masalah pada buah pinggang seperti kebanyakan ubat-ubatan moden. Selain dari itu ia juga dapat merawat penyakit lain seperti gout, athritis, reumatik dan mencegah pembentukan batu karang. Ia juga digunakan untuk mengurangkan kelesterol dan tekanan darah. Kandungan saponin dan tanin pada daun itu juga boleh mengubati keputihan. Penyelidikan juga telah mendapati ianya besifat antiseptik.
Misai Kucing juga dikenali dengan nama Kumis Kucing, Remujung, Orthosiphon Stamineus Benth, Orthosiphon Aristatus, Orthosiphonblaetter, Indisher Nierentee, Feuilles de Barbiflore, Java Tea, Javatee, Kidney Tea, dan Yaa Nuat Maeo.
Herba Misai Kucing adalah dari keluarga Lamiaceae / Labiatae.
Lebih Dari Bunganya Yang Cantik

Pakar-pakar herba memuji sifat-sifat diuretik Misai Kucing. Tumbuhan herba tropika Orthosiphon aristatus atau Misai Kucing kebiasaannya ditanam di taman-taman atau halaman-halaman rumah sebagai pokok perhiasan kerana bunganya yang cantik.
Walaupun tumbuhan Misai Kucing ini berasal dari Asia Tenggara dan Australia, namun kebaikannya dari segi perubatan kurang dihargai umum di rantau ini berbanding di lain-lain tempat dalam dunia.
Penjajah Belanda di Indonesia dahulu pernah mengambil herba ini sebagai minuman kesihatan untuk mencuci saluran darah dalam badan.
Menyakini akan khasiat dan kebaikannya, mereka telah membawa herba ini pulang ke Eropah. Hari ini, setelah lebih dari 200 tahun kemudiannya, ianya telah ditanam secara meluas dan digunakan oleh pakar-pakar herba di Holland, Jerman, Perancis dan England.
Kemasyhuran Misai Kucing ini adalah kerana kesan diuretiknya (peluruh bendalir) yang selamat tanpa menjejaskan ginjal (buah pinggang). Tidak seperti kebanyakan ubatan-ubatan diuretik moden (diuretic drugs) yang memberi kesan sampingan kepada ginjal, ia mengandungi potassium yang mencukupi untuk menggantikan yang hilang dari tubuh semasa proses diuretik. Dalam perubatan tradisional tempatan, Misai Kucing digunakan untuk merawat radang sendi (arthritis), gout dan sengal-sengal atau lenguh (rheumatism), kerana ia dapat menyingkirkan asid urik dan toksik metabolik yang berlebihan pada sendi dan otot.
Bila asid-asid ini terkumpul secara berlebihan pada tisu-tisu, ditambah pula dengan sistem pengedaran yang lemah, itulah yang menyebabkan kesakitan dan radang pada sendi dan otot. Maka, herba Misai Kucing diadunkan bersama Pegaga bagi melancarkan edaran darah, dan dengan Kunyit dan Halia pula untuk melawan radang.
Dukun-dukun dan sinseh juga biasa menggunakan herba Misai Kucing dalam adunan-adunan mereka bagi merawat kencing manis (diabetes) dan darah tinggi.
Sementara penyelidikan klinikal Misai Kucing dari segi keberkesanannya merawat kencing manis (diabetes) masih sedikit, Fakulti Farmasi, Universiti Fukuyama, Jepun telah melakukan ujikaji-ujikaji saintifik akan keberkesanannya merawat darah tinggi.
Telah dipastikan, sebahagian unsur-unsur yang terdapat dalam daun Misai Kucing dapat mengurangkan tekanan sistolik darah secara berterusan dan juga bertindak sebagai ejen peluruh (diuretik).
Di Eropah, beberapa produk yang berasaskan Misai Kucing telah muncul di pasaran terutama kerana sifat-sifat diuretiknya yang selamat, dapat menyingkirkan toksid, membendung bendalir tubuh, mengurangkan tekanan darah, mengurangkan berat badan dan untuk rawatan karang ginjal.
Misai Kucing adalah salah satu dari cuma beberapa jenis herba yang mendapat pengiktirafan kerajaan Jerman untuk kegunaan melawaskan pembuangan air kecil bagi mengelak terbentuknya karang ginjal.
Petikan dari Nusa Herba

Thursday, December 21, 2006

Rumusan Produk Kesihatan - Dr Azimuth Formula


*Clik pada imej untuk lebih besar


Gunakan jadual diatas untuk mengatasi segala masalah kesihatan. Setiap penyakit mempunyai 3 kumpulan makanan/minuman kesihatan. Perkenalkan pemakanan utama terlebih dahulu, dan jika anda atau pelanggan anda mempunyai kemampuan, perkenalkan pemakanan tambahan 1 dan 2 secara berperingkat-peringkat.

Program Sahabat Kesidang Teguh Enterprise

Assalamualaikum

Saya menerima beberapa pertanyaan mengenai program Sahabat Kesidang Teguh Enterprise.
Untuk makluman semua, Kesidang Teguh Enterprise merupakan Wholesale Distribution Center (WDC) untuk produk Dr Azimuth Formula yang dikeluarkan oleh Entrepreneurs Development Institute (EDI). Terdapat pelbagai barangan di bawah jenamanya antaranya produk makanan/minuman kesihatan, produk perhiasan diri (kristal dan bangle), produk penjagaan rumah dan kereta, kasut dan pelbagai barangan lain yang akan dikeluarkan dari masa ke semasa.
Produk makanan dan minuman Dr Azimuth Formula merupakan produk berasaskan herba seperti misai kucing, hempedu bumi, daun selom, tongkat ali, kacip fatimah dan lain-lain lagi. Anda boleh melihat produk-produk ini di laman web berikut:-


Apakah WDC?
Wholesale Distribution Center (WDC) merupakan pemborong/pengedar bagi produk-produk Dr Azimuth Formula. Sebagai pemborong, Kesidang Teguh Enterprise perlu mencari seramai mungkin golongan peruncit yang akan menjualkan produk-produk ini kepada pengguna akhir. Golongan peruncit inilah yang kami namakannya SAHABAT. SAHABAT boleh terdiri dikalangan individu yang ingin berniaga secara kecil-kecilan, peniaga kedai runcit/pasar mini, pemilik salon, pemilik bengkel atau sesiapa sahaja. Untuk mendapatkan harga SAHABAT, mereka perlulah membeli barangan dari WDC sekurang-kurangnya RM100.00 untuk setiap pembelian. Setelah itu, mereka boleh menjual barang-barang tersebut kepada pengguna akhir mengikut kadar harga runcit yang telah ditetapkan. Mereka juga boleh menggunakan barangan itu untuk kegunaan sendiri.


Bagi menghargai keinginan untuk bersama-sama WDC memperkenalkan produk Dr Azimuth Formula, kami akan memberikan anda sekeping kad program kesetiaan yang dinamakan Sahabat Wholesale Discount Card yang mana dengan memiliki kad ini anda akan menerima beberapa keistimewaan yang akan diberikan dari masa kesemasa.

Apakah Kelebihan SAHABAT?
  1. Dapat membeli barangan dengan harga borong
  2. Dapat membuat perniagaan secara kecil-kecilan secara runcit dan mendapat keuntungan yang lumayan.
  3. Dapat diskaun untuk menginap di chalet atau resort-resort di seluruh Malaysia bermula dengan di EDI Ujana Harmonis, KL dan di Durian Tunggal, Melaka
  4. Mendapat hadiah di bawah program Sahabat Bantu Sahabat dari masa ke semasa.
  5. Berpeluang mengikuti kursus keusahawanan, motivasi dan lain-lain yang dikendalikan oleh EDI dari masa ke semasa.

Bagaimana Menjadi SAHABAT

Jika anda berminat untuk menjadi SAHABAT Kesidang Teguh Enterprise, sila hubungi saya melalui cara-cara berikut:-

  1. Telefon : 013-3405395

Saya akan berikan anda senarai barangan beserta harga SAHABAT dan anda bolehlah memilih barangan yang hendak dibeli. Buat permulaan, saya menggalakkan anda memilih produk-produk makanan/minuman berasaskan herba terlebih dahulu kerana ianya mempunyai pulangan yang sangat tinggi. Kemudian, barulah anda pilih produk-produk lain yang ada seperti perhiasan dan penjagaan rumah dan kereta. Untuk makluman, produk-produk keluaran EDI akan ditambah dari masa ke semasa.

Setelah memilih produk, emailkan borang itu semula kepada saya (atau telefon dan nyatakan barangan yang dikehendaki) dan bank in kan jumlah yang perlu dibayar. Bagi proses penghantaran, sila tambah RM10.00 (untuk Semenanjung Malaysia) dan RM20.00 (untuk Sabah & Sarawak).

No akaun kami adalah seperti berikut:-

Bank : Bank Islam (Kesidang Teguh Enterprise)
Nombor Akaun : 04033-01-001100-1

Bank : Maybank (Shahrezad Bin Ahmad)
Nombor Akaun : 104030208638

Sila beri tempoh 3-10 hari untuk proses penghantaran.

Sistem ini bukan MLM, maka anda tidak akan ditawarkan sebarang mata ganjaran. Kami juga tidak mempunyai sebarang syarat yang menyatakan anda dikehendaki membeli barangan secara tetap pada setiap bulan. Belilah mengikut keperluan dan pasaran anda. Semakin banyak yang anda beli semakin lumayanlah pendapatan sampingan anda. Itu sahaja. Mudah bukan?

Monday, December 11, 2006

Iklan

PELUANG PERNIAGAAN DENGAN MODAL SERENDAH RM100.00
Kami ingin menawarkan peluang perniagaan kepada anda yang berminat. Dengan modal serendah RM100.00, anda menjadi rangkaian sahabat kepada kami. Dan sebagai ganjaran, anda bakal memperolehi pulangan lumayan.
Produk-produk kami adalah produk berjenama Dr Azimuth Formula. Antara barangan tersebut adalah:-
  • Makanan Kesihatan
  • Produk Kecantikan
  • Produk Perhiasan Diri
  • Produk Penjagaan Rumah
  • Produk Penjagaan Kereta
  • Kasut

Sebahagian daripada produk tersebut boleh dilihat di laman web berikut:-

http://www.freewebs.com/ktebiz/

Hubungi Wholesale Distributor Center (WDC) di talian 013-3405395 (Ezad)

Bukan Multilevel Marketing, tiada mata ganjaran, tiada upline/downline dan tiada pembelian tetap setiap bulan. Hanya yang mampu kami berikan adalah pendapatan lumayan berbentuk

TUNAI

Sunday, December 10, 2006

VitalTea - Misai Kucing


For thousands of years, human beings have been using plants, herbs and spices to survive and maintain good health. It is the most natural, sensible and greatly beneficial way of life.
VitalTea is a unique blend of tea leaves, misai kucing tea and herbs produced using the latest processing technology. Traditionally, used for holistic well-being and continuous maintenance of good health.

Composition: Black tea leaves and Misai Kucing tea.

Perasmian

Dengan lafaz Bismillah, saya merasmikan blog Kesidang Teguh Enterpise. Sebuah blog yang berorentasikan keuntungan di mana kami menjual produk-produk Formula Dr Azimuth