Kesidang Teguh Enterprise

Sunday, January 28, 2007

Apakah Kebaikan Kolostrum Kepada Anda


Kolostrum adalah bendalir yang sangat kompleks. Ia bukan sahaja kaya dengan zat tetapi juga pelbagai protein bioaktif yang pening untuk sokongan terhadap kesihatan. Ia bukan sahaja diperlukan oleh golongan muda tetapi juga setiap peringkat umur. Kolostrum mengandungi jumlah komponen bioaktif yang banyak dan kesemuanya menyumbang terhadap kepentingan untuk sistem pertahanan badan serta banyak lagi faedah untuk kesihatan.

Komponen-Komponen Kolostrum

Inmunoglobulins (Ig's)
Ini ialah protein utama yang bertanggungjawab ke atas aktiviti biologi dan faedah kesihatan, dapat dibekalkan oleh kolostrum kepada anda. 80% - 90% daripada immunoglobulins terdiri daripada IgG. Ia mengandungi protein pelindung yang membolehkannya untuk kekal tidak rosak, kebal daripada enzim ganstrik dan membolehkannya memainkan peranan penting sebagai lapisan utama dalam sistem pertahanan imuniti badan terhadap agen pembawa penyakit serta terhadap penyakit itu sendiri.
Faktor Pertumbuhan
Protein ini mengaktifkan pelbagai proses pertumbuhan dan pembaikpulihan dalam badan yang menjadi kunci utama dalam perkembangan yang baik. Ia juga menyelenggara dan menyembuhkan tisu-tisu badan termasuk usus, otot dan tulang. Strukturnya adalah sama dengan yang tedapat pada kolostrum manusia. Maka ia memberikan kesan yang serupa secara semulajadi dalam badan manusia. Faktor-faktor pertumbuhan yang utama ialah:-
  • Faktor pertumbuhan serupa insulin (insulin-like growth factor - IGF) yang menjana proses pertumbuhan dan pembaikpulihan sel manusia.
  • Faktor pertumbuhan perubahan (Transforming Growth Factor (beta) - TGF-B) yang mana memangkin sintesis dan pembaikan RNA dan DNA, sama seperti pembaikan otot dan tisu yang rosak. Kajian telah mendapati ia juga membantu dalam menguatkan tulang dan ini memainkan peranan penting dalam mengelakkan ostroperosis.

  • Faktor pertumbuhan epitelial (Epithelial Growth Factor - EGF) yang memangkin kenormalan kulit, epitelial, pertumbuhan sel dn pembaikan.

Lactoferin

Kerap kali dikatakan sebagai protein pengikat zat besi disebabkan oleh kekuatan penarikannya untuk mengikat zat besi. Ia dijumpai dalam colostrum bovine pada tahap yang lebih tinggi berbanding susu. Selain daripada memainkan peranan di dalam metabolisme zat besi, lactoferin juga mengandungi banyak fungsi biologi lain yang meningkatkan kesihatan secara umum yang mana ia sebagai bukti kebaikan yang boleh diperolehi daripada kolostrum. Ini termasuklah antibakteria, antivirus, antifungus, pemangkin sistem imuniti, antioksida, dan anti keradangan.

Vitamin + Mineral

Ini adalah penting untuk metabolisme, pertumbuhan, dan perkembangan yang normal. Vitamin yang terlibat adalah A, B1, B6, B12, C, E, asid folik dan biotin. Mineral yang terlibat adalah kalsium, pottassium, fosforus, sodium dan magnesium.

Asid Amino

Ini adalah asas protein yang mana penting dalam pertumbuhan dan perkembangan yang normal. Kolostrum mengandungi kedua-dua asid amino penting dan tidak penting.

Peptida Yang Kaya Dengan Proline

Memainkan peranan penting dalam pengaturan sistem imuniti, kelenjar timus yang menghasilkan sel-T yang melawan virus dan mikroorganisme-mikroorganisme yang menceroboh. Ia juga menolong mengekalkan imbangan sistem inumiti yang terlalu aktif dan kurang aktif.

Enzim

Kebanyakan enzimnya memainkan peranan sebagai pelindung terhadap enzim gastrik.

Komponen-Komponen Lain Yang Bermanfaat

Terdapat banyak protein bioaktif lain yang dijumpai dalam kolostrum yang berperanan menggalakkan sistem imuniti dan menolong untuk meningkatkan kesihatan umum.

Manfaat Kolostrum Termasuklah:-

  • Membantu mengekalkan kesihatan umum
  • Menyokong kekuatan sistem imuniti
  • Perlindungan hebat terhadap selesema, demam dan lain-lain penyakit biasa
  • Mempunyai aktiviti antibakteria terhadap virus-virus yang biasa seperti E-Coli
  • Aktiviti anti virus
  • Aktiviti anti fungus
  • Menyokong penyembuhan kecederaan, luka, sel dan tisu yang lebih dengan kesan parut yang kurang
  • Meningkatkan kesihatan usus, membantu membaiki dan menyembuhkan beberapa keadaan gastrik
  • Kesan probiotik terhadap mikrobiota gastrik
  • Membantu mengekalkan tulang yang kuat dan sihat
  • Anti penuaan iaitu anti oksida oleh lacoferin
  • Membantu membina otot yang tidak ebrlemak

  • Meningkatkan tenaga dan tahan lebih lama
  • Meningkatkan prestasi dan ketahanan semasa bersukan
  • Memulihkan badan apabila berada dalam tekanan dan kecederaan
  • Menaikkan mood
  • Pemangkin pertumbuhan semula rambut
  • Meningkatkan funsi seksual

Monday, January 01, 2007

EDI Mahu Jadi Pemborong Maya

Petikan dari akhbar Utusan Malaysia - 1.1.2007

Oleh DALIZA ARIFFIN

KUALA LUMPUR 31 Dis. – Entrepreneurs Development Institute Sdn. Bhd. (EDI) bercadang untuk menjadi sebuah syarikat pemborong secara maya terbesar di negara ini dengan menarik lebih ramai usahawan bumiputera.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr. Abdul Aziz Azimullah berkata, cadangan ini mampu direalisasikan dalam tempoh 10 tahun akan datang memandangkan usahawan yang terlibat dalam projek itu semakin bertambah.
Tambahan pula, orang ramai semakin dapat menerima konsep baru membeli belah secara maya ini.Jelasnya, mungkin tempoh sasaran itu masih panjang lagi tetapi ia boleh direalisasikan seperti mana yang berlaku di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat yang mana perniagaan seperti itu mula berjaya malah boleh menggugat perniagaan borong sedia ada.
‘‘Bagi mencapai misi berkenaan, EDI telah membangunkan Rangkaian Usahawan Muslimin sejak enam bulan lalu dan ia kini memiliki seramai 200 orang usahawan.
‘‘Melalui rangkaian itu, kita kini memiliki pelbagai jenis produk daripada segmen barangan makanan hinggalah kepada kasut, barang kemas, aksesori kereta dan makanan tambahan,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini.
EDI merupakan syarikat bumiputera yang menganjurkan kursus dan perundingan keusahawanan, pusat latihan dan pembangunan sumber manusia.
Abdul Aziz memberitahu, unjuran usahawan yang menyertai rangkaian berkenaan dijangka bertambah kepada 1,000 orang dalam tempoh setahun akan datang.
Jelasnya, rangkaian itu terbuka kepada semua usahawan bumiputera yang berminat termasuk juga graduan, surirumah dan pesara yang hanya memerlukan mereka melabur kira-kira RM1,000 sahaja.
Bagaimanapun, sebelum penyertaan tersebut, usahawan yang berminat bolehlah menghadiri kursus keusahawanan singkat yang dijalankan oleh EDI bagi meningkatkan pengetahuan mereka mengenai bidang perniagaan.
Katanya, yuran dikenakan adalah hanya RM50 sahaja seorang dan kursus berkenaan dijalankan secara bergilir-gilir di seluruh negara setiap hujung minggu.
Melabur
‘‘Mereka yang telah melabur dengan modal sebanyak itu bolehlah menyertai rangkaian perniagaan sedia ada kami yang kini telah bertambah kepada tujuh jenis segmen perniagaan.
‘‘Pada masa depan, namakan sahaja apa jenis barangan, pasti rangkaian kita dapat menyediakan kepada pelanggan,’’ tambahnya lagi.
Buat masa sekarang, rangkaian usahawan muslimin EDI memiliki tujuh segmen perniagaan yang terdiri daripada makanan tambahan berasaskan herba, barangan kemas dan kristal, barangan penjagaan kulit, biskut, spa dan barangan penjagaan kereta.
Antara segmen perniagaan baru yang sedang dibincangkan ialah mengusahakan restoran, pembungkusan barangan keperluan dapur seperti minyak, bawang dan lain-lain lagi.
Mengulas lanjut mengenai modus operandi perniagaannya, beliau berkata usahawan yang menyertai rangkaian ini boleh membuat tempahan melalui laman web EDI dan ia seterusnya diedarkan kepada kumpulan pelanggan masing-masing.
‘‘Hanya usahawan yang berdaftar sahaja yang dapat mengakses laman web itu secara terperinci dan membuat tempahan dengan harga yang berpatutan.
‘‘Tetapi bagi pelanggan lain mereka hanya dapat melayari laman web itu pada halaman pertama sahaja,’’ kata beliau.
Bagaimanapun, para pelanggan mereka boleh membuat tempahan barangan melalui katalog yang disediakan oleh usahawan rangkaian berkenaan.
Jelasnya, berniaga menggunakan katalog merupakan salah satu cara yang menjimatkan mereka yang mana tiada kos diperlukan oleh para usahawan itu membangunkan premis perniagaan masing-masing.
Malah, ia juga menjimatkan masa pengguna dan mengelakkan mereka menghadapi pelbagai masalah seperti kesesakan jalan raya atau di kaunter pembayaran ketika membeli belah di mana-mana pusat membeli belah.
Dalam masa yang sama, melalui rangkaian perniagaan sedemikian, para usahawan juga dijangka mampu meraih pendapatan antara RM1,000 hingga RM6,000 sebulan.